ASSALAMUALAIKUM BABY UMI

Ahad, 25 Julai 2010

AWAS!!! 30 RAGAMMU BUAT SI DIA BOSAN....

AWAS!!!!
miss intan hamdan nak share sesuatu

  1. Dalam sejam empat lima kali kamu akan menghubunginya.kadang kala hanya kerana perkara kecil saja, kamu nak sampaikan pada si dia.bayangkan kalau dah sejam empat lima kali kol dia,kalau 24 jam?? tentu lah si dia akan rimas dan meluat dengan kamu
  2. Kamu sering merengek supaya si dia memenuhi permintaan kamu.Contohnya di hujung minggu,sesekali dia ingin juga beristirehat di rumah setelah penat dibebani kerja di pejabat.
  3. kamu memintanya memasak untuk kamu,tatapi kamu menegur masakannyatidak sedap dan tidak setanding dengan masakan ibu kamu.Sudahlah penat menurut permintaannya kemudian dikritik pulak.
  4. Kamu sering mengkritik setiap perkara yang si dia buat dan tidak yakin dengan kemampuan dirinya. Bagi kamu si dia tidak mampu untuk melaksanakan sesuatu sehingga berjaya.Apa saja yang si dia lakukan serba tidak kena di mata kamu.
  5. Kamu terlalu mengongkong pergerakkan si dia.Kamu juga sentiasa mahu si dia melaporkan apa saja yang si dia lakukakn setiap hari.
  6. Kamu tidak setuju dengan pilihan si dia.Tetapi apabila si dia meminta kamu memilih sendiri,kamu anya buat tak tahu saja.
  7. Kegemaran dan citarasa kamu tidak sama. Ini membuatkan kamu sering bertekak dengan si dia semata-mata ingin mendahulukan cita rasa masing-masing.
  8. Kamu tidak pernah mahu menyertai si dia dengan teman-temannya keluar bersama-sama dengan  alasan terpaksa bekerja lebih masa.
  9. Kamu sering melarangnya memakai sesuatu yang dia suka kerana bimbang ada orang lain yang akan tertarik apabila memandang si dia.Contohnya melarang si dia memakai baju yang membuat si dia tampak cantik.
  10. Kamu mahu semua perkara yang dilakukan oleh si dia serba sempurna.Kalau ada sedikit cacat cela,pasti kamu takkan berfikir panjang dan terus memarahinya.
  11. Kamu sering perangai kebudak-budakan,walaupun umur bakal menginjak ke dewasa,namun sikap keanakan sukar di kikis dari dalam diri kamu hingga membuat si dia ada kalanya rimas.
  12. Kamu perasan bagus.Bagi kamu apa saja yang kamu buat semuanya terbaik dan tiada siapa mampu menandingi kebolehan  kamu. Kamu juga suka merendah-rendahkan si dia.
  13. Kamu lebih mementingkan kawan-kawan berbanding sidia.Kamu sering memberi alasan pergi shopping atau keluar bersama teman-teman apabila si dia meminta kamu menemaninya.
  14. Kamu terlalu mengikut kata ibu dan sering membelakangkan si dia.Sekiranya si dia menegur sikapmu itu,kamu akan kata si dia tidak menghormati ibumu.Susahnya dapat 'anak emak'....
  15. Kamu suka membandingkan si dia dengan orang lain terutama teman lelaki/wanita kamu sebelum inni.Apa perasaan kamu jika si dia membandingkan kamu dengan ex dia juga..begitulah perasaan dia..
  16. Kamu sering berasa curiga denga kejujurannya.Walaupun  si dia telah melakukan perkara yang terbaik demi kepentingan bersama sejujur-jujurnya,namun kamu tetap tidak mempercayainya.bagi kamu apa yang si dia buat ada muslihatnya.
  17. Kamu sering memandang ke arah jejaka/wanita lain,walaupun keluar bersama ,mata kamu tetap memandang jejaka/waita yang lalu lalang berhampiran.Bukan setakat pandang malah siap dengan pujian lagi tu.
  18. Kamu cepat naik angin.Pantang tersilap sikit,mulalah api kemarahan kamu mengelegak.Hinggakan sampai 'naik tangan' dan 'terbang'  apa saja....
  19. Kamu terlalu berkira dengan alasan mahu berjimat cermat.Contohnya kalau keluar makan bersama ,kamu mesti berkata  'makan asing-asing,bayar sendirian berhad'...baetapa kedekutnya kamu.
  20. Kamu tidak reti bahasa.Masih tidak faham-faham dengan apa yang si dia tidak suka.Sudah puas kamu menegurnya namu tetap juga kamu lakukan.Sikap keras kepala kamu dan degil kamu mencabar dirinya.Awas..takut nanti kalau hilang sabar kamu pula sengsara.
  21. Kamu tidak menghormati orang tua.Bagi kamu semua orang sama saja.Kalau buat silap tidak kira tua @ muda,kamu herdik tanpa memikirkan perasaan orang tersebut.
  22. Tidak tahu malu.Kamu berkelakuan tidak senonoh contohnya ketawa sekuat hati mengilai seperti pontianak dan cakap seperti mengunakan  pembesar suara.
  23. Tidak pernah akui kesilapan.Walaupun sudah terang lagikan bersuluh  kesilapan datang dari kamu,teapi sedaya upaya mendirikan benang yang basah.
  24. Pengotor dan Pemalas.Leih jijik lagi kamu sanggup memakai pakaian yang berbau busuk kerana tidak ada lai pakaia lain.Sekiranya si dia berkunjung di rumah kamu,si dia tadak tahu di mana tempat hendak duduk kerana di penuhi barang yang berselerak
  25. Kamu sering mangambil kesempatan di atas kekayaan si dia.Di mana saja kamu pergi mesti inginkan si dia membelikan sesuatu.kalau murah,bolehlah...jadi agak-agaklah meminta sesuatu daripada si dia.Ingat kamu belum sepenuhnya milik si dia.
  26. Kamu terlalu peramah.Pantang jumpa kawan mesti berhenti berjam-jam borak.padahal kamu keluar dengan si dia.
  27. Tidak ada lansung sifat keibuan.kalau dengan kanak-kanak kamu sikit pun tidak mahu beralah,apatah lagi melaya mereka dengan baik.padahal si dia sukakan kanak-kanak.
  28. kamu kaki shopping.Pantang ada duit lebih dan masa terluang semuanya akan di habiskan untuk bershopping.lama-lama botak lah abang dek...
  29. Kamu terlalu bergantung padanya dan tidak tahu berdikari.Kemana-mana kamu ingin pergi,semuanya kamu harapkan si dia yang bawa.kamu juga tidak ada usaha untuk menyelesaikan masalah kamu sendiri.Hal yang kecil pun harapkan si dia.
  30. kamu dan si dia berbeza hobi.Kamu sanggup tinggalkan si dia semata -mata hobi kamu itu.sedangkan si dia sentiasa perlu menunggu kamu untuk melakukkan aktivti yang di sukainya bersama.
  Lepas nie ,jangan buat benda di atas k......kalau nak kekasih sayang kiter

1 ulasan:

WAHAI SUAMIKU...

WAHAI SUAMIKU...
TAHUKAH KAU..BETAPA BAHAGIA NYA AKU BERGELAR ISTERI KEPADAMU..