ASSALAMUALAIKUM BABY UMI

Sabtu, 24 Julai 2010

penyakit yang menyerang wanita

UTUSAN SARAWAK HARI INI MENCERITAKAN TENTANG KESIHATAN WANITA-RABU.21 JULAI 2010

Ramai wanita hari ini mengambil sikap sambil lewa terhadap penyakit yang biasa  berkaitan dengan mereka. Ada yang hanya tahu tentang sesuatu apabila ia berlaku kepada diri mereka.
   Wanita yang mengalami infeksi vagina biasanya mengalami lelehan yang berbau dan gatal-gatal. Seiranya infeksi sudah agak serius , penghidapnya akan mengalami rasa sakit pada bahagian bawah perut atau demam. PERLU DI INGATKAN WANITA YANG YANG MENGALAMI SIMPTOM INI PERLU MENDAPAT RAWATAN KERANA INFEKSI VAGINA BOLEH MENYEBABKAN INFEKSI PELVIK PULA.
Bagaimanapun wanitaharus tahu membezakan mana satu lelehan infeksi vagina dan mana satu bukan.
         Setiap wanita pasti mengalami lelehan vagina dan lelehan yang bukan di sebabkan disebabkan jangkitan biasanya tidak berbau,tidak gatal dan berwarna keputihan.
   infeksi paling biasa di alami wanita adalah akibat jangitan fungal (kulat)
  
Jangkitan kuman juga merupakan penyebab Vaginal candidiasis yang mempunyai simptom seperti kemerahan dan bengkak pada vagina dan Vulva, sakit ketika membuang air kecil , sakit semasa melakukan hubugan seks, mengalami lelehan seperti tofu srta ruam pada vagina

faktor risiko jangkitan ini biasanya berpunca :-
  1. tekanan
  2. kehamilan
  3. datang haid
  4. pengambilan pil pencegah kehamilan, antibiotik srta steriod
  5. penyakit diabetis yang tidak terkawal
  6. HIV/AIDS
  7. perubahan hormon semasa datang haid.
Pengidap di nasihatkan agar ;-
  1. mengelakkan douche (membersihkan bahagian dalam faraj dengan mengunakan produk tertentu)
  2. mengunakan produk kesihatan dengan pewangi (mandian buih,semburan,tuala wanita dan tampon)
  3. menukar tuala wanita secara kerap semasa dtang haid,
  4. mengelakkan mengunakan produk fiber sintetik
  5. mengelakkan mandian air panas.
FIBROID

Merupakan benjolan @ ketulan  bukan kanseryang membesar di dalam uterus.
Risiko FIBROID untuk bertukar menjadi kanser amat rendah tetapi masalah biasa yang di hidapi wanita yang mengalami gejala ini adalah pendarahan yang banyak semasa haid sehingga menyebabkan penghidap mengalami masalah kekurangan Fibroid  yang semakin membesar akan menyebabkan tekanan serta sakit pada bahagian bawah perut.

CYST OVARI

Gejala ini berlaku akibat kantung yang membesar  dalam ovari wanita. 
Selain berisiko pecah,cyst  juga boleh menyebabkan pendarahan dan kesakitan kepada penghidapnya.

Simptom Cyst:-
  1. Kesakitan pada bahagian  bawah abdomen @ pelvik.
  2. terasa tekanan @ penuh pada bahagian bawah abdomen 
  3. kesakitan jangka panjang pada bahagian pelvik semasa datang haid dan membuang air kecil
 Cyst berpunca daripada :-
                                              Perubahan hormon dalam badan wanita.


 KANSER SERVIK

         Berlaku akibat salah satu daripada 100 jenis virus yang terbentuk di dalam serviks ,terutama apabila Human Papilomavirus (HPV) membentuk sel secara berganda tanpa kawalan
          HPV jenis 16 dan 18 boleh menyebabkan  kanser serviks .
Sel kanser  peringkat pra kanser dan peringkat awal dapat di kesan melalui ujian Pap  smear.
Setiap wanita yang pernah melakukan hubungan seks adalah terdedah kepada penyakit ini.
beberapa faktor lain yang menyumbang infeksi HPV :-
  1. Tabiat seksual kali pertama pada usia terlalu muda
  2. pasangan seks yang ramai
  3. pasangan seks yang berisiko
  4. wanita yang merokok
  5. pengunaan jangka panjang alat pencegah hamil secara oral
  6. pendedahan kepada virus transmisi seksual


MENOPOUS
Iaitu  putus haid.
Simptom Menopous :-
  1. kerap merasa panas badan
  2. berpeluh
  3. sukar tidur
  4. mengalami insomnia
  5. perubahan mood
  6. sering panas baran


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

WAHAI SUAMIKU...

WAHAI SUAMIKU...
TAHUKAH KAU..BETAPA BAHAGIA NYA AKU BERGELAR ISTERI KEPADAMU..