ASSALAMUALAIKUM BABY UMI

Jumaat, 24 September 2010

FUNGSI-FUNGSI JANJI

 
Apakah makna sebuah janji??Orang yang sedang bercinta banyak melafazkan janji dalam komunikasi mereka.Daripada sudut komunikasi interpersonal,apakah pentingnya sebuah janji yang di ucapkan oleh sepasang kekasih??
Janji bukan sekadar kata-kata..Janji mengandungi banyak maklumat.Dalam sebuah janji terkandung tiga unsur penting.

  • Dalam sebuah janji kedua-dua k,terkandung harapan bersama yang di kongsi oleh kekasih ataupun suami isteri.Apabila dua kekasih berjanji akan mendirikan rumah tangga ,maka kedua-dua kekasih itu mempunyai harapan mereka akan berusaha ke arah  itu.
  • Dalam sebuah janji terkandung banyak rancangan bersama.Sebagai contoh,dalam janji bagi mendirikan rumah tangga terkandung pelbagai rancangan masa depan mereka berdua.
  • Janji melambangkan komitmen orang yang berjanji.Sebagai contoh,apabila seorang pemuda berjanji akan mengambil kekasihnya sebagai isteri,itu bermakna dia mempunyai komitmen kepada hubungan mereka.
Apabila sepasangan kekasih melafazkan janji ,setiap janji adalah lambang akan wujudnya  harapan bersama  antara mereka berdua.
Semakin banyak janji yang di lafazkan ,semakin banyaklah kedua-duanya mempunyai rancangan bersama pada masa depan.Rancangan-rancangan bersama adalah lambang komitmen pasangan kekasih itu terhadap satu sama lain dan terhadap perhubungan mereka.
pengharapan mempengaruhi komunikasi antara suami isteri dan kepanjangan jodoh.Oleh sebab wujudnya pengharapan kita selalu mengalami kekecewaan.kekecewaan terucap dalam kata-kata -ve,ayat-ayat kritikal,ayat-ayat tuduhan dan pertengkaran.Banyak pertengkaran berlaku berpunca daripada pengharapan yang tidak sampai.

    Pasangan yang merancang hidup bersama dalam sebuah perhubungan mempunyai 3 harapan am yang penting
  • Harapan dapat menikmati kemesraan,keseronokan dan keintiman.
  • Harapan dapat menikmati rasa kepuasan dalam perhubungan.
  • Harapan bahawa kita aka n sentiasa saling percaya mempercayai,saling hormat menghormati,saling cintai-menyintai,jujur dan setia.
Rasa puas datang daripada beberapa punca.Sumber yang paling utama adalah apabila kita mendapat apa yang di harapkan daripada pasangan kita.Pasangan kita haruslah tahu apa yang kita harapkan daripadanya.Jikalau kita tak memberitahu,bagaimana dia akan tahu apa yang kita mahukan. Kepuasan juga datang apabila kita berasa kita mendapat banyak faedah dan ganjaran daripada perhubungan kita itu daripada pasangan kita.Dalam keadaan itu,ia akan mendorong kita untuk meneruskan perhubungan itu.
Konflik menghapuskan harapan-harapan untuk masa depan bersama.Setiap kali berlaku konflik,jumlah harapan masa depan bersama semakin berkurang.Dengan berkurangnya harapan masa depan bersama,maka bertambah lemahlah komitmen kita terhadap satu sama lain.

INGAT!!!JUMLAH JANJI  MEMPUNYAI IKATAN RAPAT DENGAN KOMITMEN.

Apabila pasangan kekasih masih menyayangi satu sama lain,mereka mempunyai cara sendiri bagi mengatasi kesan buruk konflik.Biasanya le[as tamat konflik,mereka akan menghapuskan kesan buruk konflik itu dengan menunjukkan komunikasi mesra berlebihan dariopada biasa.Tujuannya untuk menyimbangkan kesan -kesan negatif dengan kemesraan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

WAHAI SUAMIKU...

WAHAI SUAMIKU...
TAHUKAH KAU..BETAPA BAHAGIA NYA AKU BERGELAR ISTERI KEPADAMU..