ASSALAMUALAIKUM BABY UMI

Khamis, 19 Ogos 2010

FORGET @ FORGIVE...jom tanya sama hati

ha..tentunya ada antara kamu mungkin pernah melalui situasi di khianati,di tipu dan mungkin juga terasa di aniayai oleh insan yang selama ini amat kamu cintai.Biarpun mungkin si dia mengakui kesilapannya,namun di hati memang menyakitkan untuk menerima dan memaafkan  si dia.Tetapi andai kamu  terus berdendam....kamu juga tidak akan memperolehi sebarang keuntungan.Oleh itu,sebaiknyan kamu cubalah untuk menerimanya dengan hati terbuka.Tetapi sekiranya kamu tidak pasti sama ada kamu sudah bersedia memaafkannya atupun masih berdendam cubalah kuiz ini.

1-Kamu mengelak bertemu dengannya kerana perlu waktu untuk memaafkannya?
    ya (___)          Tidak(__) 

2- Disaat si dia memerlukan pertolongan kamu menghulurkan pertolongan dan bantuan?
    ya (__)          Tidak (__)

3- Biarpun si dia memohon maaf namun kamu masih sukar untuk menerima si dia sepenuhnya?
    ya (__)         Tidak (__) 

4- Kamu boleh bercakap tentang kesilapan si dia sambil ketawa .Bagimu kesilapan yang dia                 lakukan padamu menjadi cerita paling kelakar dalam hidupmu?
    ya (__)         Tidak (__)

5-Kamu selalu terfikir untuk membalas dendam sanma seperti apa yang si dia lakukan padamu?
   Ya (__)         Tidak (__)

6- Kamu selalu berdoa si dia akan melakukan yang sama dia lakukan pada kamu pada orang lain?
    ya (__)        Tidak (__)

7- Apabila berbual dengan teman-teman lain ,kamu akan  berusaha memancing mereka bercakap         hal yang buruk-buruk mengenai si dia?
     ya (__)        Tidak (__)

8- Kamu punya prinsip 'andai mahu dirimu di maafkan jadi kamu harus belajar memaafkan orang'?
    ya (__)        Tidak (__)

9- Setiap kali bertemu si dia kamu akan berpura-pura seperti tidak nampak.Takut di sakiti lagi?
    ya (__)       Tidak (__)

10-Setiap kali kamu teringat tentang sidia jantungmu juga akan berdebar kencang.Masih ingat            setiap yang dia lakukan  padamu?
     ya (__)        Tidak (__)

11- Kamu masih belum mampu untuk memaafkan si dia kerana terasa ia baru sangat terjadi. Kalau        sudah lama kamu mungkin bolah lupa?
       ya (__)        Tidak (__)

12- Sewaktu ada orang bertanyakan tentang kesalahan si dia padamu,kamu hanya tersenyum dan
      berkata "sudahlah cerita yang lepas,usahlah di kenang lagi"
      ya (__)        Tidak (__)


13- Gara-gara si dia kamu jadi trauma dan sukar untuk percaya orang lain?
      ya (__)        Tidak (__)


***************************************************************
 jawapan

1,2,4,6 dan 8                ; ya=1 tidak =0
3,5,7,9,10,11 dan 12    ; ya=0 tidak =1


0-4
TIDAK MEMAAFKAN
Hati kamu masih keras untuk memaafkannya.belum ada walau sebesar kuman sekalipun kamu cuba untuk memaafkannya.Mungkin si dia telah melakukan kesilapan yang menyakitkan hati kamu dan telah membuatkan kamu begitu menyesal sepanjang bersama dengannya.Memang wajar orang seperti itu tidak di maafkan dan di berikan pengajaran agar si dia tidak mengulangi kesilapan yang sama pada orang lain.Namun kamu harus juga cuba lihat diri kamu.Selagi kamu belum memaafkannya selagi itulah kamu sentiasa mengingatinya.Rasanya lah  lebih rugi andai banyak masa kamu habiskan berfikir untuk orangyang telah menyakitkan hati kamu.Oleh itu kamu  cubalah terima apa yang telah si dia lakukan dan memaafkannya apa jua kesalahan yang si dia lakukan  asalkan sidia tidak mengulangi kesilapan itu lagi dan tidak menyakitkan hati kamu.


5-9
DALAM PROSES
Bagus...kamu sudah berusaha untuk memaafkan kesalahan si dia..Di akui memang menyakitkan .Tetapi kamu sudah cuba untuk bertemu dan tidak lagi terus menyalahkan nya.Rasa nay hati dan jiwa akan lebih tenang begini.Andai tiba-tiba kamu jadi sedih ataupun menyesal cuba ungkapkan perasaan mu itu dengan menulis nya di dalam diary atau luahkan pada teman yang kamu percaya.Namanya juga kamu masih dalam proses ,jadi kamu masih ingat sikit-sikit dan berasa sukar untuk memaafkan itu memang wajar.

10-14
SUDAH MEMAAFKAN
Yes!! kamu sudah benar-benar telah memaafkannya.Mungkin juga kamu seorang yang mudah lupa dengan kesalahan orang lain atau kerana kamu memang berusaha keras untuk memaafkanya.Walaubagaimanapun kamu bangga dengandiri sendiri kerana begitu kuat menghadapi dugaan yang menimpa .Selepas ni kamu mungkin boleh membantu teman-teman yang belum memaafkan orang lain

WAHAI SUAMIKU...

WAHAI SUAMIKU...
TAHUKAH KAU..BETAPA BAHAGIA NYA AKU BERGELAR ISTERI KEPADAMU..